Cahaya dibiaskan apabila cahaya bergerak dari satu medium ke medium yang lain.

Medium ialah bahan perantaraan yang boleh dilalui oleh cahaya seperti udara dan air.

Cahaya bergerak dengan kelajuan yang berbeza apabila melalui medium yang berlainan. Contohnya, apabila cahaya bergerak dari udara ke air, cahaya akan dibiaskan.

Mari kita lihat fenomena yang menunjukkan bahawa cahaya boleh dibiaskan. Klik setiap satu untuk penerangan lanjut.