Bahan: Tiga kadbod dengan lubang di tengah dan lilin.

Tujuan: Menyiasat sifat cahaya bergerak lurus.

Hipotesis: Cahaya bergerak dalam satu garis lurus.

Perkara yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasi): Susunan kadbod-kadbod.

Perkara yang diperhatikan (pemboleh ubah bergerak balas): Kebolehan melihat cahaya lilin.

Perkara yang dibiarkan tetap: (pemboleh ubah dimalarkan):

  • Saiz lubang pada kadbod.
  • Jarak antara lilin dengan mata pemerhati.
  • Jenis kadbod.

Mengapakah cahaya lilin tidak dapat dilihat apabila kadbod dialihkan?

Disebabkan cahaya lilin hanya dapat dilihat melalui lubang kadbod yang disusun dalam satu garisan lurus kerana cahaya bergerak secara lurus.

Kesimpulannya, cahaya bergerak dalam satu garis lurus.