Pantulan cahaya bergantung kepada jenis permukaan objek.
Permukaan yang licin, berkilat dan rata memantulkan semua cahaya yang jatuh di atasnya secara selari. Contohnya, cermin muka, kerajang aluminium dan keluli.
Permukaan yang kusam, kasar dan gelap memantulkan dan menyerakkan cahaya yang jatuh pada permukaannya dalam pelbagai arah. Contohnya, kain dan kadbod.
Perhatikan contoh-contoh alat yang menggunakan prinsip pantulan cahaya. Klik setiap contoh untuk melihat penerangan lanjut.
