Mari kita lihat mengapa pokok ini mempunyai bayang-bayang yang berbeza saiz?

Bayang-bayang ialah satu kawasan gelap yang terbentuk apabila cahaya dihalang oleh objek legap atau objek lut cahaya.

Bayang-bayang terbentuk kerana cahaya bergerak dalam satu garis lurus.

Sinar cahaya yang mengenai objek legap atau lut cahaya tidak dapat menembusinya. Bayang-bayang yang terbentuk adalah sama dengan bentuk objek. Bayang-bayang terbentuk bertentangan dengan sumber cahaya.